Tiny Techies: Kelas Ulangkaji Siri 2
7 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2026, satu program bertajuk “Tiny Techies: Kelas Ulangkaji Siri 2” telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Program ini memberi fokus kepada pengukuhan pengetahuan asas teknologi dalam kalangan kanak-kanak melalui sesi ulangkaji yang interaktif.
Sepanjang kelas, peserta diberi peluang untuk mengulang kembali konsep yang telah dipelajari dalam siri terdahulu, di samping mengaplikasikan kemahiran teknologi secara praktikal. Program ini diharap dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam menggunakan teknologi serta membina asas kukuh untuk pembelajaran seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: